|
Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia.
Di awal ucapannya, syaitan berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.
Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus. "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."
"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah, " kata Syaitan: "Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."
"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.
"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang.
Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu,10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."
"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rengsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."
"Penuhkan meja-meja mereka dengan majallah dan akhbar.
Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.
Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma;dan impian palsu."
"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majallah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka."
"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala!
Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain.
Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas."
"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."
"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekriasi.
Buatlah sehingga mereka terlalu letih seusai berekriasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.
Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan,acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."
"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"
"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."
"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah.
Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."
"Pasti berhasil! Pasti berhasil!"
Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.
Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.
Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam.
Rasa saya, persoalannya di sini,
"Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"
Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna
B-eing
U-nder
S-atan's
Y-oke?
Berada di bawah telunjuk Syaitan?"
--
Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia.
Di awal ucapannya, syaitan berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.
Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus. "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang more...
|
Hai manusia yang tersayang,
Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur'an.
Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa. Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti putera-puteri kayangan.
Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan bil air rumahmu.
Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau SEDAWA kuat-kuat seperti lembu.
Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.
Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamu'alaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.
Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-tangan tangan... sebagaimana engkau berpegang tangan dengan awek engkau, yang belum tentu jadi isteri sah mu.... menuju Neraka Jahannam.
Sahabatmu Yang Tercinta,
Iblis
Hai manusia yang tersayang,
Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur'an.
Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa. Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam more...
|
jangan ingat manusia sahaja ada biodata,iblis pun ada biodatanya sendiri....
Apa yang ingin diterangkan di bawah adalah serba sedikit
Nama :
Iblis Laknatullah.
Tarikh Lahir :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.
Status :
Fasik kelas pertama.
Agama :
Kufur.
Tempat Tinggal Di Dunia :
Di dalam hati mereka yang lalai.
Tempat Tinggal Di Akhirat :
Neraka Jahannam.
Kawasan Legarnya :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.
Arah Perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang-bengkok.
Isteri Di Dunia :
setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya.
Kaum Kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.
Modal Pusingan :
Angan-angan kosong.
Tempat Pertemuan :
Pasar-pasar(pusat membeli-belah).
Musuh Ketat :
Orang Islam yang beriman dan bertaqwa.
Kegemaran :
Melalaikan orang dari mengingati Allah,menggoda dan menyesatkan umat manusia.
Cita-cita/Matlamat :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke Neraka jahanam.
Kelemahannya :
Apabila orang membaca Istighfar.
Lambang :
Sebarang bentuk tatu.
Pejabat Operasi :
Tandas,bilik air,tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat.
Rakan Kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Sumber :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba.
Perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.
Teman Sejawat :
Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran.
Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah.
Berkomunikasi Dengan :
Orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki-hamun,menghasut dan pendendam.
Makanan Kegemaran :
Daging orang mati,segala najis dan kotoran.
Yang Ditakuti :
Orang mukmin yang beriman dan beramal.
Yang Dibenci :
Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.
Alat Perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur dan seumpamanya.
Tempoh Perkhidmatannya :
Sehingga hari kiamat.
Saat Ajal :
Apabila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari kiamat kelak.
Yang Disukai :
Homoseksual dan lesbian.
Janji-janji :
Janji-janji kosong,angan-angan dan tipu daya.
Yang Membuatnya Menangis :
Bila orang sujud kepada Allah.
Semoga dengan sedikit maklumat mengenai Iblis ini dapat membantu menjauhi daripada Iblis dan tipu helahnya di samping meningkatkan lagi ketaqwaan diri kita kepada Allah...InsyaAllah.
Wassalam.
"Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu dari syaitan yang direjam"
(sumber: Diari Islamiah UIAM 1998)
jangan ingat manusia sahaja ada biodata,iblis pun ada biodatanya sendiri....
Apa yang ingin diterangkan di bawah adalah serba sedikit
Nama :
Iblis Laknatullah.
Tarikh Lahir :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.
Status :
Fasik kelas pertama.
Agama :
Kufur.
Tempat Tinggal Di Dunia :
Di dalam hati mereka yang lalai.
Tempat Tinggal Di Akhirat :
Neraka Jahannam.
Kawasan Legarnya :
Setiap tempat yang di dalamn more...
|
Orang yang beriman tentu mengetahui hikmat diturunkan al-Quran, dan tentu sedar tentang keistimewaannya dari segala kitab. Huruf dan kalimahnya menimbulkan kelazatan pendengaran yang tidak jemu-jemu. Manakala maknanya membangkitkan hati, membukakan fikiran untuk berbakti serta mengubah pandangan hidup ke arah usaha melipatgandakan amal kebaikan yang lebih suci demi mencari keredhaan Ilahi di dalam dunia yang sementara ini.
Demikianlah kitab Allah al-Quran, sebuah kitab petunjuk sepanjang zaman, perlembagaan hidup orang mukmin yang inginkan kemuliaan. Yang demikian hendaklah diamalkan pengajarannya dan janganlah diutamakan saja hurufnya, tetapi ditinggalkan hududnya (hukumnya) atau dipelajari tajwidnya, tidak dipedulikan pantang larangnya, sebagaimana yang pernah berlaku sepanjang zaman kemunduran umat Islam, sesuai dengan maksud hadith Ibn Mas?ud yang menyatakan sebagai berikut:
?SESUNGGUHNYA ENGKAU BERADA PADA SATU ZAMAN YANG DIDAPATI BANYAK FUQAHA?NYA (ORANG-ORANG YANG FAHAM AYAT AL-QURAN) DAN SEDIKIT PULA QARA?NYA (ORANG-ORANG YANG PANDAI MEMBACA AYAT-AYATNYA) TETAPI HUDUD AL-QURAN (LARANGAN-LARANGANNYA) TETAP DIPELIHARANYA SEDANGKAN HURUFNYA TIDAK PULA SANGAT DIWAJIBKANNYA. SEDIKIT ORANG MEMINTA, BANYAK ORANG MEMBERI. MEREKA MEMANJANGKAN SEMBAHYANG DAN MEMENDEKKAN KHUTBAH. MEREKA MULAKAN SAJA AMAL-AMAL MEREKA SEBELUM PERCAKAPAN MEREKA. DAN AKAN DATANG SATU ZAMAN KEPADA MANUSIA YANG DIDAPATI SEDIKIT SEKALI FUQAHA?NYA, BANYAK PULA QARA?NYA (QARI-QARINYA), DIPELIHARA BENAR HURUFNYA TETAPI DISIA-SIAKAN HUDUDNYA (LARANGANNYA). BANYAK ORANG MEMINTA, SEDIKIT ORANG YANG MEMBERI. MEREKA MEMANJANGKAN KHUTBAH, MEMENDEKKAN SEMBAHYANG. MEREKA MULAI MENURUTI KEMAHUAN-KEMAHUAN MEREKA SEBELUM MELAKUKAN AMAL-AMAL MEREKA?
*hadith ini di dalam kitab al-Muwatta? dan Imam Shatabi menerangkannya dalam al-Muwafaqat.
Demikianlah maksud hadith tersebut yang menggambarkan kepada kita bahwa zaman pertama, iaitu zaman sahabat dan kemudiannya zaman yang cukup terpelihara kehormatan isi al-Quran kerana fiqh al-Quran (pengertian al-Quran) dan fahamnya serta memelihara hudud atau larangannya dan mengambil hukumnya adalah didahulukan dan diutamakan daripada semata-mata bacaan kosong pengertiannya.
Pada zaman itu, pengajaran al-Quran mempengaruhi jiwa, rasa kasih sayang meresap ke lubuk hati, hingga sedikit orang yang meminta, tetapi banyak orang yang memberi. Mereka di kala itu memanjangkan solatnya kerana solat adalah munajat dan bisikan kepada Ilahi yang perlu dilambatkan masa mengerjakannya. Sedangkan khutbah mereka diringkaskan kerana khutbah semata-mata percakapan gerak lidah pertuturan huruf yang habis begitu sahaja. Dan mereka mengutamakan amal dan memulakannya sebelum mereka bercakap, berbual dan bertukar fikiran.
Zaman tersebut telah berubah?sekarang tibalah pula zaman baru di mana keadaan telah berubah sama sekali. Kini, telah banyak orang yang membaca al-Quran tetapi bacaannya tidak sampai ke hati. Banyak orang mengutamakan dan menghafaz al-Quran tetapi disia-siakan terus hududnya,hukumnya,nasihatnya,pelajarannya. Sebab itulah al-Quran tidak dapat menginsafi mereka dan mereka pula tidak insaf sesame mereka. Hingga banyak orang yang meminta tetapi sedikit orang yang memberi di antara mereka. Mereka memanjangkan khutbah kerana khutbah tidak menyusahkan mereka. Dan mereka memendekkan solat kerana solat menggelisahkan jiwa mereka disebabkan tidak ada hubungan langsung dengan Allah yang Maha Kuasa. Akhirnya mereka suka bercakap mengikut kemahuan mereka sendiri sebelum mereka melakukan amal yang sepatutnya mereka mulai.
Maka dengan keterangan ini jelaslah al-Quran tidaklah dapat dipatuhi maksud utama dari turunnya dengan membaca ayat demi ayat selagi belum diperhatikan pengertiannya dan tujuannya menurut cara yang sepatutnya. Firman Allah:
?(INI) IALAH KITAB YANG KAMI TURUNKAN DIA KEPADA ENGKAU YANG DIBERKATI, SUPAYA MEREKA PERHATIKAN AYAT-AYATNYA DAN SUPAYA MENGAMBIL PERINGATAN ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI FIKIRAN?
(Sad:29)
Dengan ini teranglah lagi bahawa al-Quran diturunkan untuk diperhatikan maksudnya di samping membaca huruf-hurufnya. Kerana di antara maksudnya ialah memberi penyampaian ke arah jalan yang lebih lurus dalam kehidupan dan menjamin kurniaan kepada orang-orang yang berusaha mewujudkan amal soleh atau kebaikan. Juga, al-Quran itu bukan sahaja memperkatakan perkara atau soal kerohanian. Tetapi ada pula antara ayatnya yang menyatakan asal kejadian langit dan bumi, dan alam yang besar ini adalah terdiri dari keduanya. Sedang manusia adalah sebahagian kecil dari alam yang besar itu. Firman Allah:
?SESUNGGUHNYA AL-QURAN INI MEMIMPIN KEPADA (JALAN) YANG LEBIH LURUS DAN MENGGEMBIRAKAN KEPADA ORANG ?ORANG YANG BERIMAN YANG BERAMAL SOLEH BAHAWA BAGI MEREKA ADA GANJARAN YANG BESAR?
(Al-Isra?: 9)
?DAN TIDAKLAH ORANG KAFIR ITU MELIHAT BAHAWA SESUNGGUHNYA LANGIT-LANGIT DAN BUMI ITU (DAHULUNYA) ADALAH SEKETUL, LALU KAMI PISAHKAN KEDUANYA?
(Al-Anbiya?:30)
Ayat ini menerangkan bahawa langit-langit (tiap-tiap sesuatu di atas kita dinamakan langit) dan bumi asalnya adalah satu bahagian atau satu ketul kemudiannya dipisahkan di antara keduanya dengan cara yang beransur-ansur. Maka, terjadilah daripadanya langit dan bumi yang mengelilingi matahari.
Sesungguhnya, banyaklah ayat-ayat ilmiah (pengetahuan) yang menjadi mukjizat al-Quran sejak 13 abad yang lalu ada terbukti kejadiannya di dunia pada hari ini. Bahkan, makin bertambah ilmu pengetahuan manusia, makin teranglah kebenaran al-Quran. Dan sememangnya begitulah al-Quran itu tidak dapat difahami ayatnya berhubungan dengan kejadian alam dan ilmu pengetahuan melainkan dengan dasar-dasar ilmu.
Alangkah mulianya al-Quran, sebuah kitab Allah berisi segala hikmat. Tetapi malangnya, walaupun al-Quran itu masih ada, rohnya, ajarannya, falsafahnya telah kehilangan belaka.
"DAN DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI TELAH MUDAHKAN AL-QURAN UNTUK MENJADI PERINGATAN DAN PENGAJARAN, MAKA ADAKAH SESIAPA YANG MAHU MENGAMBIL PERINGATAN DAN PELAJARAN (DARIPADANYA)?"
(Al-Qamar:17)(Al-Qamar:22)(Al-Qamar:32)(Al-Qamar:40)
Orang yang beriman tentu mengetahui hikmat diturunkan al-Quran, dan tentu sedar tentang keistimewaannya dari segala kitab. Huruf dan kalimahnya menimbulkan kelazatan pendengaran yang tidak jemu-jemu. Manakala maknanya membangkitkan hati, membukakan fikiran untuk berbakti serta mengubah pandangan hidup ke arah usaha melipatgandakan amal kebaikan yang lebih suci demi mencari keredhaan Ilahi di dalam dunia yang sementara ini.
Demikianlah kitab Allah al-Quran, sebuah kitab petunjuk sepanjang zaman, perlembagaan hidup orang mukmin yang inginkan kemuliaan. Yang demikian hendaklah di more...
|
Tersebutlah seorang penganut tasawuf bernama Nidzam al-Mahmudi. Ia tinggal di sebuah kampung terpencil, dalam sebuah rumah kecil. Isteri dan anak-anaknya hidup dengan amat sederhana. Akan tetapi, semua anaknya cerdik dan berpendidikan. Selain penduduk kampung itu, tidak ada yang tahu bahwa ia mempunyai kebun subur berhektar-hektar dan perniagaan yang kian berkembang di beberapa kota besar. Dengan kekayaan yang diurus dengan mahir itu ia dapat menghidupkan ratusan keluarga yang bergantung padanya. Tingkat cara hidup para pekerja dan pegawainya bahkan jauh lebih tinggi daripada sang majikan. Namun, Nidzam al-Mahmudi merasa amat bahagia dan damai menikmati perjalanan usianya.
Salah seorang anaknya pernah bertanya, `Mengapa Ayah tidak membangun rumah yang besar dan indah? Bukankah Ayah mampu?""Ada beberapa sebab mengapa Ayah lebih suka menempati sebuah rumah kecil," jawab sang sufi yang tidak terkenal itu. "Pertama, karena betapa pun besarnya rumah kita, yang kita perlukan ternyata hanya tempat untuk duduk dan berbaring. Rumah besar sering menjadi penjara bagi penghuninya. Sehari-harian ia Cuma mengurung diri sambil menikmati keindahan istananya. Ia terlepas dari masyarakatnya. Dan ia terlepas dari alam bebas yang indah ini. Akibatnya ia akan kurang bersyukur kepada Allah."
Anaknya yang sudah cukup dewasa itu membenarkan ucapan ayahnya dalam hati. Apalagi ketika sang Ayah melanjutkan lagi hujahnya, "Kedua, dengan menempati sebuah rumah kecil, kalian akan menjadi cepat dewasa. Kalian ingin segera memisahkan diri dari orang tua supaya dapat menghuni rumah yang lebih selesa. Ketiga, kami dulu cuma berdua, Ayah dan Ibu. Kelak akan menjadi berdua lagi setelah anak-anak semuanya berumah tangga. Apalagi Ayah dan Ibu menempati rumah yang besar, bukankah kelengangan suasana akan lebih terasa dan menyiksakan?"
Si anak terus terpegun. Alangkah bijaknya sikap sang ayah yang tampak lurus dan dungu itu. Ia seorang hartawan yang kekayaannya melimpah. Akan tetapi, keringatnya setiap hari selalu bercucuran. Ia ikut mencangkul dan menuai hasil tanaman. Ia betul-betul menikmati kekayaannya dengan cara yang sangat bertepatan. Ia tidak melayang-layang dalam buaian harta benda sehingga sebenarnya bukan merasakan kekayaan, melainkan kepayahan semata-mata. Sebab banyak hartawan lain yang hanya bisa menghitung-hitung kekayaannya dalam bentuk angka-angka. Mereka hanya menikmati lembaran-lembaran kertas yang disangkanya kekayaan yang tiada tara. Padahal hakikatnya ia tidak menikmati apa-apa kecuali angan-angan kosongnya sendiri.
Kemudian anak itu lebih terkejut tatkala ayahnya meneruskan kata-katanya, "Anakku, jika saya membangun sebuah istana anggun, belanjanya terlalu besar. Dan biaya sebesar itu kalau kubangunkan rumah2 kecil yang memadai untuk tempat tinggal, berapa ramai orang fakir miskin dan yang memerlukan akan terangkat martabatnya menjadi warga terhormat? Ingatlah anakku, dunia ini disediakan Tuhan untuk segenap mahkluknya. Dan dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan semua penghuninya. Akan tetapi, dunia ini akan menjadi sempit dan terlalu sedikit, bahkan tidak cukup, untuk memuaskan hanya keserakahan seorang manusia saja." Hebatnya kata-kata sang sufi yang penuh hikmah dan pengajaran. Sama2 kita ambil iktibar....
Tersebutlah seorang penganut tasawuf bernama Nidzam al-Mahmudi. Ia tinggal di sebuah kampung terpencil, dalam sebuah rumah kecil. Isteri dan anak-anaknya hidup dengan amat sederhana. Akan tetapi, semua anaknya cerdik dan berpendidikan. Selain penduduk kampung itu, tidak ada yang tahu bahwa ia mempunyai kebun subur berhektar-hektar dan perniagaan yang kian berkembang di beberapa kota besar. Dengan kekayaan yang diurus dengan mahir itu ia dapat menghidupkan ratusan keluarga yang bergantung padanya. Tingkat cara hidup para pekerja dan pegawainya bahkan jauh lebih tinggi daripada sang majikan. Nam more...
|
Ikhlas Darjat Paling Tinggi
Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas
Ini pun batal ikhlas
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak mengenang budi!
Keikhlasannya ditarik semula
Allah! Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu
------------------------------------------------------------------------
Ikhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati
Di dalam pengalaman hidup mencari kawan yang setia susah sekali
Macam susahnya mencari gagak yang putih, mana ada
Begitu juga jiran yang mulia macam keluarga payah dicari
Macam payah diperolehi intan permata untuk dipunyai
Taat setia seorang pengikut kepada pemimpin serupa sahaja
Kerana itulah ramai rakyat yang berpura-pura di hadapan pemimpinnya
Begitulah juga keadilan seorang pemimpin payah dijumpa
Keadilannya hanya tinggal slogan di dalam realitinya tidak ada
Juga yang bertanggungjawab terhadap amanah amat susah
Ramai yang bertanggungjawab terhadap amanah mengambil mudah atau bermudah-mudah
Lebih-lebih lagilah hendak ikhlas di dalam beramal lagi payah
Kerana Allah itu hanya pemanis kata, realitinya tiada
Ikhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati
Sedangkan perjalanan hati payah dikesan dan payah dijejaki
Kerana itulah ikhlas itu payah hendak dipasti
Ia adalah rahsia Allah yang Maha Mengetahui perjalanan hati
Pintalah kepada Allah hidayah dan taufik-Nya tentang hati
Agar hati sentiasa ikhlas membuat bakti
------------------------------------------------------------------------
Ikhlaskan Ibadah Dan Amal
Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak
Tapi yang kholisnya
Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak
Tapi yang murni lagi ikhlas
Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas
Itulah yang Allah redha
Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas
Allah tolak sahaja
Bahkan akan dilempar ke muka kita
Beribadahlah dengan jiwa yang selamat
Berkorbanlah dengan hati yang murni
Berjuanglah dengan hati yang ikhlas
Kerana yang menerimanya Allah Taala
Yang akan memberi pahalanya Dia juga
Bukan manusia
Periksalah hati selalu
Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?
Ikhlas Darjat Paling Tinggi
Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas
Ini pun batal ikhlas more...
|
Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas?". Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..". Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas", "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau keranaNya yang SATU, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang
diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir
Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata, "Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi terkenal?", "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah?.Amin".
Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.
C more...
|
Demikian ketentuan Allah.Satu ketentuan yang pasti kita akan hadapi satu hari nanti.Batas di mana manusia tidak dapat berdalih lagi.Hari di mana kita terpaksa menerima akibat dari usaha kita di dunia.Di hari itu orang yang tidak ikhlas akan melolong,memekik dan menyesal amalannya tertolak.Dia sangka dapat membohongi Allah,rupanya tidak.Allah lebih tahu darinya tentang gerak hatinya sendiri.
Marilah kita insaf dari sekarang,betulkan niat kita ketika melakukan suatu amalan.Mohon dari Allah agar diberiNya hati yang ikhlas,sebab ikhlas anugerah daripada Allah.Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:
?ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku?Aku titiskan ia dalam hati hamba- hambaku yang Aku mangasihinya? (Riwayat Abu Hasan Al Basri)
Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas ?saya ikhlas?.
Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas.Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita,kita rasa sama saja.Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan.Itulah tanda ikhlas.Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah.Kerana itu kalau manusia cerca,caci atau hina,hati pun tidak cacat,tidak timbul perasaan marah,dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.
Begitu juga,kalau orang puji,pujian itu tidak membekas di hatinya.Tidak timbul rasa bangga ,puas hati dan juga dan juga tidak bertambah kasih sayangnya pada orang yang memuji itu,disebabkan oleh pujiannya.Bagi orang-orang yang ikhlas,pujian dan kejian tidak pernah di fikirkan apalagi hendak di harapkan.Mereka sangat takut kalau-kalau Allah menolak amalan dan memurkai mereka.Sebaliknya mrreka sangat ingin Allah menerima baik amalan-amalan mereka serta meredhai mereka.Mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredaan Allah.Mereka tidak bimbang nasib diri,rugi atau untung,orang keji atau puji,menang atau kalah,yang penting supaya Allah menerima baik amalan mereka.Rasulullah SAW kerana menganjurkan sifat ikhlas telah bersabda yang bermaksud:
?Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu?
Seseorang yang mencari keredaan Allah ,akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada-Nya.Ketika orang lain bertindak jahat pada mereka,mereka akan merasa berpeluang untuk mendapat pahala dan kasih sayang Allah.Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalas dengan kebaikan pula.
Hal itu benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin.Ketika mendengar orang menghina mereka,langsung dihantarnya hadiah pada orang itu.Bila di Tanya apa tujuan hadiah itu,jawapan mereka adalah,?Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala kepada kita.Memberi pahala sama seperti memberi syurga.Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar pada kita,memang patutlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya?.Begitulah hati yang ikhlas.Dia tidak melatah kalau orang menggugat,malah gugatan itu mendekatkan dirinya pada Allah Taala
Dipetik dari buku ILMU DAN HIKMAH karangan Dr Ing Abdurrahman dan Dr. Ing Gina Puspita terbitan Minda Ikhwan.
Demikian ketentuan Allah.Satu ketentuan yang pasti kita akan hadapi satu hari nanti.Batas di mana manusia tidak dapat berdalih lagi.Hari di mana kita terpaksa menerima akibat dari usaha kita di dunia.Di hari itu orang yang tidak ikhlas akan melolong,memekik dan menyesal amalannya tertolak.Dia sangka dapat membohongi Allah,rupanya tidak.Allah lebih tahu darinya tentang gerak hatinya sendiri.
Marilah kita insaf dari sekarang,betulkan niat kita ketika melakukan suatu amalan.Mohon dari Allah agar diberiNya hati yang ikhlas,sebab ikhlas anugerah daripada Allah.Dalam satu hadis Qudsi Allah more...
|
Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak ikhlasnya tidak ada, tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau ekabikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya , ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima
Tanda seseorang itu ikhlas di antaranya:
1. Orang puji atau keji sama sahaja. dipuji hati tidak berbunga, dikeji hati tidak pula derita.
2. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai sama aja.
3. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.
4. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.
5. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya
6. Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.
7. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau di dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, ?aku hamba memanglah ada cacat celanya.?
8. Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia
9. Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula.
10. Kalau dia dipuji dia rajin atau buat, kalau dia dicaci dia tidak rajin atau tidak buat.
11. Kebaikanya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu.
12. Di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak, jika seorang dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.
Untuk kita dapat mengetahui kita ini ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas padankan yang 12 tadi dengan hati
Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak ikhlasnya tidak ada, tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau ekabikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat ke more...
|
KITA mungkin selalu mendengar orang berkata,"saya ikhlas." Tapi itu sekadar adat berbahasa kerana tidak ada siapa pun tahu keikhlasan seseorang.Malah hati sendiri pun susah hendak diteropong sama ada ikhlas atau tidak ikhlas.Tapi sekurang-kurangnya keikhlasan dapat dibaca pada sikap dan tindak-tanduk kita.Cuba-cubalah kuiz ini.......
1.Anda sedang melangkah ke majlis pengajian di surau apabila ada yang menegur."Rajin ke surau nampaknya, tak lama lagi bolehlah jadi ustazah/ustaz."Reaksi anda?
A.Teragak-agak hendak meneruskan langkah.
B.Terus melangkah dengan sopan sambil berkata,"Amin,mudah-mudahan begitulah hendaknya..."
2.Anda sangat menjaga waktu solat bila bersama rakan-rakan sealiran.Bila berseorangan?
A.Hilang kekuatan dan selalu lewat solat.
B.Alhamdulillah,dapat pertahankan solat pada awal waktu.
3.Ada orang mengutip derma untuk kebajikan.Ketika itu anda hanya ada sedikit wang tapi tidak dapat mengelak.Bicara hati anda?
A."Hai...melayanglah duit belanja aku..."
B."Moga-moga Allah nilai dan Allah ganti dengan yang lebih baik."
4.Anda dipuji seseorang.rasa hati anda?
A.Bangga tidak terperi.
B.Mengembalikan pujian kepada Allah.
5.Anda bermuka manis dan memberi senyuman kepada seorang teman, tapi dia seakan tidak memberi respons sahaja.Komen anda?
A."Malas nak senyum-senyum lagi kat dia."
B."Agaknya mood dia tak berapa baik hari ni...Ada masalah agaknya."
6."Amboi! Alim nampak..."tegur seorang kawan apabila melihat anda pertama kali bertudung.Reaksi anda?
A.Tersinggung,rasa macam kena perli.
B.Tenang dan masih boleh bermuka manis.
7.Mudahkah bagi anda untuk konsisten membuat sesuatu amalan baik?
A.Susah
B.Mula-mula memang susah, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula.
8.Anda dilucutkan jawatan dalam persatuan dan menjadi ahli jawatankuasa biasa.Bicara hati anda?
A."Tidak ada moodlah nak buat apa-apa lagi...."
B."Tak apalah, asalkan aku dapat terus berkhidmat bakti."
9.Anda telah bersusah payah menjayakan sesuatu projek, tetapi tiada siapa pun yang menghargai.Reaksi anda?
A.Kecil hati dan hilang mood hendak buat lagi.
B.Tetap bahagia kerana sudah berjaya sambil mengharap Allah terima sebagai ibadah.
10.Anda ternampak seorang wanita daif menggunakan duit sedekah daripada anda untuk membeli rokok.Bicara hati anda?
A."Tak patut sungguh.Ishh...menyesal pulak sedekah kat dia..."
B."Tak patut dia buat macam tu.Tapi tak apalah, mudah-mudahan dia dapat hidayah dan moga-moga sedekah aku tetap Allah terima."
(Beri satu markah untuk diri anda bagi setiap jawapan 'B')
ANALISIS MARKAH
10- Anda masih tidak boleh mendakwa sebagai seorang yang ikhlas, kerana keikhlasan itu rahsia Allah.Hanya Allah yang dapat menilainya.Tetapi tanda-tanda keikhlasan sedikit sebanyak ada pada diri anda.Jangan jemu mencari keredhaan-Nya kerana Dia tidak pernah jemu menerima pengabdian daripada hamba-Nya.
7-9- Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya.Tetapi keihlasan boleh diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan.Walaupun pada peringkat awalnya anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu menjadi sebati, akhirnya Allah campakkan keikhlasan di hati kita.jangan lupa berdoa agar Allah masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.
6 ke bawah- Mungkin tahap keikhlasan anda sangat kurang disebabkan anda belum dapat hayati tujuan sebenarnya hidup ini; untuk apa dan kerana siapa.Carilah keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia.Bumi yang kita pijak ini milik Allah, kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan Allah.Yakinlah, sungguhpun manusia suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau Allah suka dan sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk manusia.
ps:dipetik dari kolum 'kenali diri', Majalah Anis:JUN 2001...
KITA mungkin selalu mendengar orang berkata,"saya ikhlas." Tapi itu sekadar adat berbahasa kerana tidak ada siapa pun tahu keikhlasan seseorang.Malah hati sendiri pun susah hendak diteropong sama ada ikhlas atau tidak ikhlas.Tapi sekurang-kurangnya keikhlasan dapat dibaca pada sikap dan tindak-tanduk kita.Cuba-cubalah kuiz ini.......
1.Anda sedang melangkah ke majlis pengajian di surau apabila ada yang menegur."Rajin ke surau nampaknya, tak lama lagi bolehlah jadi ustazah/ustaz."Reaksi anda?
A.Teragak-agak hendak meneruskan langkah.
B.Terus melangkah dengan sop more...
|
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai Aku? Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu? Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.
Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatuyang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu. Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu? Aku tertanya lagi, bagaimanaaku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu. Dan...
Dia terus betanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu- satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar! Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa? Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum. Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku? Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.
Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.
Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu? Aku tidak mampu menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya
Allah...
kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.
Waallahualam...
Peringatan buat diri ana dan sahabat2 sume..
Insafilah segala kesalahan yang pernah kita lakukan..
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai Aku? Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu? Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku l more...
|
Kasih ada berbagai-bagai peringkat ada yang sejati, ada yang tidak hakiki
Cinta atau kasih ada yang mudah luntur, ada yang payah hendak luntur
Ia adalah satu sifat ada yang berpanjangan, ada yang tercicir di dalam perjalanan hidup
Setiap kasih yang berlaku ada yang bersebab ada yang semulajadi
Kasih ada yang asli dan ada yang aradhi
Berlakunya kasih atau cinta seseorang terhadap atau kepada seseorang tidak sama
Ada yang cinta dan kasih semulajadi
Yang langsung tidak ada hubungkait dengan benda dan kebendaan
Seperti kasih anak kepada ibu bapanya
Sekalipun ibu bapa itu miskin, cacat, tidak ada pangkat, buruk
Namun anaknya tetap cinta dan kasih kepada ibu bapanya
Kasih semulajadi ini payah luntur kecuali kalau ibu bapanya terlalu kejam
Ada kasih kerana kecantikan seseorang wanita, kerana tubuh badannya yang seksi
Kasih ini ada hubungan dengan rangsangan nafsu
Kalau sebab-sebab ghairahnya nafsu sudah hilang ........
Seperti sudah tua, atau kecantikan hilang disebabkan sakit, atau kemalangan yang mencacatkan badan
Kasih pun hilang, kecuali ada pada perempuan itu akhlak yang mulia
Kasihnya masih tersangkut disebabkan akhlaknya
Berlaku juga kasih atau cinta disebabkan ilmu atau kepandaian seseorang
Terjatuh hati dengan ilmunya, maka otomatik jatuh hati kepada orangnya
Kasih ini juga mudah luntur
Jika orang itu rosak akhlaknya, hilang kasihnya
Tidak kurang juga kasih seseorang pada seseorang kerana ternama dan ada glamour
Dia jatuh hati pada orang itu kerana terkenalnya orang itu
Cinta yang begini juga mudah luntur
Jika orang itu sudah tidak terkenal mungkin kerana sakit, atau jatuh wibawanya
Mungkin juga jatuh pangkatnya, luntur pula kasihnya pada orang itu
Biasa juga berlaku cinta seseorang pada seseorang kerana hartanya
Kekayaanlah membuatkan dia jatuh hati
Kasih yang seumpama ini mudah sahaja pudar
Jika hilang kekayaan, atau ditimpa miskin dan papa-kedana luntur pula kasihnya
Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana pangkat dan kedudukan yang tinggi di dalam sesuatu jawatan
Dia terpikat dengan kedudukannya
Kasih yang semacam ini juga mudah luntur
Di waktu ada pangkat kasih berbunga, di waktu pangkat tidak ada kasih hilang entah ke mana
Di dalam pada itu ada orang terpaut dengan seseorang kerana kuat dan gagah
Hatinya pun terpaut dengan orang itu
Cinta yang begini juga palsu
Apabila orang itu lumpuh atau lemah kerana penyakit
Kasih pun hilang, orang yang dikasihi dahulu tinggal seorang
Ramai orang di dunia ini jatuh hati dan cinta pada orang yang akhlaknya tinggi
Seperti pemurah, juga kasih sayang, merendah diri, mesra, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur,
Berlemah lembut pakaiannya, mengutamakan orang budayanya dan lain-lain lagi sifat yang mulia
Pada orang ini semua golongan jatuh hati dan cinta
Orang ramai mabuk dengannya, sekalipun orang yang jahat perangainya
Walaupun dia seorang kafir
Kecuali orang yang hasad dengki sahaja
Yang sebenarnya kasih yang hakiki yang kekal abadi
Cinta yang murni dan ikhlas yang tidak bersifat kebendaan
Kasihkan Allah Tuhan yang ada pada-Nya segala-galanya
Kasih yang tidak akan berhadapan dengan cacat celanya
Sekalipun Tuhan tidak dapat dilihat oleh mata
Tapi dia terasa ada-Nya di dalam jiwa
Cinta ini hanya diperolehi oleh orang yang bertaqwa
Cinta yang luar biasa
Sesiapa yang memperolehinya tidak mampu lidah bercerita
Kasih ada berbagai-bagai peringkat ada yang sejati, ada yang tidak hakiki
Cinta atau kasih ada yang mudah luntur, ada yang payah hendak luntur
Ia adalah satu sifat ada yang berpanjangan, ada yang tercicir di dalam perjalanan hidup
Setiap kasih yang berlaku ada yang bersebab ada yang semulajadi
Kasih ada yang asli dan ada yang aradhi
Berlakunya kasih atau cinta seseorang terhadap atau kepada seseorang tidak sama
Ada yang cinta dan kasih semulajadi
Yang langsung tidak ada hubungkait dengan benda dan kebendaan
Seper more...
|
Di dalam kita memburu, kita diburu
Banyak orang yang tidak tahu
Ada yang tahu tidak terasa diburu
Kerana itu dia juga adakalanya lupa yang dia diburu
Manusia memburu sambil diburu
Memburu harta, memburu nama, memburu takhta
Memburu wanita, dan memburu apa sahaja yang bersifat dunia
Di dalam memburu dia diburu
Dia diburu oleh Atid merekod kesalahannya
Merakamkan di dalam fail segala bentuk dosa-dosanya
Sehalus apa pun dan di tempat mana pun semua dapat direkodnya
Selepas itu Allah perintahkan SB-Nya
menangkap hamba-Nya yang sedang memburu itu
SB itu Malaikal Maut namanya
Tidak ada seorang pun yang lepas dari tangkapannya
Adakalanya manusia itu ditangkap di istana
Adakalanya ditangkap di pejabatnya
Tidak kurang juga ditangkap di rumahnya dan di jalan-jalan raya
Waktu dia memburu wanita di situ juga dia kena
SB Tuhan menangkap pemburu-pemburu dunia di merata-rata
Setelah ditangkap direman di lokap Alam Barzakh namanya
Di sana disoal siasat kerja-kerjanya oleh SB-SB yang lain pula
Munkar dan Nakir namanya dengan bengisnya
SB-SB pemerintah pun kena reman di sana juga
Kalau tidak betul menjawab kena lanyak dan belasah dengan marahnya
Remuk-redamlah tulang-tulang manusia dibuatnya
Wahai manusia termasuklah saya
Ingatlah kita sedang diburu waktu kita sedang memburu
Buruan kita belum tentu dapat kita tangkap
Tapi kita yang menjadi buruan pasti kena tangkap
Di dalam kita memburu, kita diburu
Banyak orang yang tidak tahu
Ada yang tahu tidak terasa diburu
Kerana itu dia juga adakalanya lupa yang dia diburu
Manusia memburu sambil diburu
Memburu harta, memburu nama, memburu takhta
Memburu wanita, dan memburu apa sahaja yang bersifat dunia
Di dalam memburu dia diburu
Dia diburu oleh Atid merekod kesalahannya
Merakamkan di dalam fail segala bentuk dosa-dosanya
Sehalus apa pun dan di tempat mana pun semua dapat direkodnya
Selepas itu Allah perintahkan SB-Nya
more...
|
Kisah Luqman Al-Hakim: Pandangan Manusia Yang Berbeza
Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbadingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai mengenderainya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keledai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,
"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."
Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata,
"Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat matinya)."
Luqman pun turun dari keldai dan anknya sajalah yang berada di ats keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula,
"Wah! Orang tua berjalan kaki dan puternya mengederai keldai."
Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata,
"Kok, keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!"
Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan. Inilah makna dari perkataan alim besar Muhammad bin Aslam r.a.:
"Apa perduliku antaraku dengan makhluk, adalah pada permulaan dalam sulbi orang tuaku, aku sendirian, kemudian aku berpindah ke dalam perut ibuku, aku sendirian, kemudian aku masuk ke dunia juga sendirian, kemudian rohku dicabut, juga sendirian, kemudian aku pun masuk dalam kuburku sendirian pula dan datanglah kepadaku Malaikat-malaikat Munkar dan Nakir menanyakan pertanyaan-pertanyaan kepadaku dalam keadaan aku sendirian pula. Kemudian amal baikku dan dosaku ditimbang dalam timbanganku, juga aku sendirian. Andainya jika aku dikirim ke syurga, aku sendirian, dan jika dikirim ke neraka aku pun sendirian pula. Maka apakah hubungan dengan manusia-manusia selianku."
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman: 33)
Sekarang sudah jelas, bahwa lakukanlah apa yang kau putuskan dan semua itu punya resiko, jangan terlalu takut dengan kritikan orang, sebab apapun yang anda putuskan tetap saja orang lain akan mengkriik bahkan anda diam pun akan di kritik, lakukanlah yang terbaik dengan resiko yang paling kecil. Cukuplah dengan pandangan Allah s.w.t atas kita. Pandangan Tuhanlah yang berfaedah . Penglihatan manusia atas kita, seperti menghormati kita, memuliakan kita, membesarkan kita dan lain-lain lagi. Cukupkan saja dengan pandangan hati, keyakinan hati bahawasanya Allah s.w.t melihat kita, memelihara kita dan menjaga kita.
Apa gunanya mengharapkan amal bakti dan taat dengan balasan wang ringgit atau keselesaan hidup di dunia ini sedangkan diri berada dalam kemurkaan Allah;
Dan tidaklah bererti ketinggian ilmu yang dimiliki di samping kedudukan yang mulia di sisi makhluk sekiranya diri berada dalam pandangan kemurkaan dari Allah;
Pendek kata buatlah apa sahaja kebaikan dan ketaatan dan milikilah apa sahaja kesenangan dan keselesaan hidup, tetapi jika ianya tidak mendapat keredhaan dari Allah Taala atau mencari kemuliaan supaya dihormati orang, maka tidaklah berbaloi segala usaha dan pemilikan yang diterima.
Dengan demikian fahamilah wahai diri,
Biarlah amal sedikit, atau ilmu yang sedikit asalkan Allah sentiasa meredhoi hal diri kita;
Biarlah tidak termasyhur, hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhoi hal kita;
Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini, asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhoaan Allah.
Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhoaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhoaan Allah,
Kisah Luqman Al-Hakim: Pandangan Manusia Yang Berbeza
Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbadingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai mengenderainya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keledai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata,
"Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki."
more...
|
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-
Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada- Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-2
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
1.. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib buat Tarhib I/37)
2.. Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan
suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)
3.. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada
pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4.. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih
At Targhib buat Tarhib I/272)
5.. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa
Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh
kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)
6.. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7.. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan
malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka
ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8.. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim
untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)
9.. Orang - orang yang berinfak.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih
Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10.. Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib buat Tarhiib I/519)
11.. Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat
untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")
12.. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan
kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-
Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada- Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-2
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
1.. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibn more...
|
Tersebutlah seorang penganut tasawuf bernama Nidzam al-Mahmudi. Ia tinggal di sebuah kampung terpencil, dalam sebuah rumah kecil. Isteri dan anak-anaknya hidup dengan amat sederhana. Akan tetapi, semua anaknya cerdik dan berpendidikan. Selain penduduk kampung itu, tidak ada yang tahu bahwa ia mempunyai kebun subur berhektar-hektar dan perniagaan yang kian berkembang di beberapa kota besar. Dengan kekayaan yang diurus dengan mahir itu ia dapat menghidupkan ratusan keluarga yang bergantung padanya. Tingkat cara hidup para pekerja dan pegawainya bahkan jauh lebih tinggi daripada sang majikan. Namun, Nidzam al-Mahmudi merasa amat bahagia dan damai menikmati perjalanan usianya.
Salah seorang anaknya pernah bertanya, `Mengapa Ayah tidak membangun rumah yang besar dan indah? Bukankah Ayah mampu?""Ada beberapa sebab mengapa Ayah lebih suka menempati sebuah rumah kecil," jawab sang sufi yang tidak terkenal itu. "Pertama, karena betapa pun besarnya rumah kita, yang kita perlukan ternyata hanya tempat untuk duduk dan berbaring. Rumah besar sering menjadi penjara bagi penghuninya. Sehari-harian ia Cuma mengurung diri sambil menikmati keindahan istananya. Ia terlepas dari masyarakatnya. Dan ia terlepas dari alam bebas yang indah ini. Akibatnya ia akan kurang bersyukur kepada Allah."
Anaknya yang sudah cukup dewasa itu membenarkan ucapan ayahnya dalam hati. Apalagi ketika sang Ayah melanjutkan lagi hujahnya, "Kedua, dengan menempati sebuah rumah kecil, kalian akan menjadi cepat dewasa. Kalian ingin segera memisahkan diri dari orang tua supaya dapat menghuni rumah yang lebih selesa. Ketiga, kami dulu cuma berdua, Ayah dan Ibu. Kelak akan menjadi berdua lagi setelah anak-anak semuanya berumah tangga. Apalagi Ayah dan Ibu menempati rumah yang besar, bukankah kelengangan suasana akan lebih terasa dan menyiksakan?"
Si anak terus terpegun. Alangkah bijaknya sikap sang ayah yang tampak lurus dan dungu itu. Ia seorang hartawan yang kekayaannya melimpah. Akan tetapi, keringatnya setiap hari selalu bercucuran. Ia ikut mencangkul dan menuai hasil tanaman. Ia betul-betul menikmati kekayaannya dengan cara yang sangat bertepatan. Ia tidak melayang-layang dalam buaian harta benda sehingga sebenarnya bukan merasakan kekayaan, melainkan kepayahan semata-mata. Sebab banyak hartawan lain yang hanya bisa menghitung-hitung kekayaannya dalam bentuk angka-angka. Mereka hanya menikmati lembaran-lembaran kertas yang disangkanya kekayaan yang tiada tara. Padahal hakikatnya ia tidak menikmati apa-apa kecuali angan-angan kosongnya sendiri.
Kemudian anak itu lebih terkejut tatkala ayahnya meneruskan kata-katanya, "Anakku, jika saya membangun sebuah istana anggun, belanjanya terlalu besar. Dan biaya sebesar itu kalau kubangunkan rumah2 kecil yang memadai untuk tempat tinggal, berapa ramai orang fakir miskin dan yang memerlukan akan terangkat martabatnya menjadi warga terhormat? Ingatlah anakku, dunia ini disediakan Tuhan untuk segenap mahkluknya. Dan dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan semua penghuninya. Akan tetapi, dunia ini akan menjadi sempit dan terlalu sedikit, bahkan tidak cukup, untuk memuaskan hanya keserakahan seorang manusia saja." Hebatnya kata-kata sang sufi yang penuh hikmah dan pengajaran. Sama2 kita ambil iktibar....
Tersebutlah seorang penganut tasawuf bernama Nidzam al-Mahmudi. Ia tinggal di sebuah kampung terpencil, dalam sebuah rumah kecil. Isteri dan anak-anaknya hidup dengan amat sederhana. Akan tetapi, semua anaknya cerdik dan berpendidikan. Selain penduduk kampung itu, tidak ada yang tahu bahwa ia mempunyai kebun subur berhektar-hektar dan perniagaan yang kian berkembang di beberapa kota besar. Dengan kekayaan yang diurus dengan mahir itu ia dapat menghidupkan ratusan keluarga yang bergantung padanya. Tingkat cara hidup para pekerja dan pegawainya bahkan jauh lebih tinggi daripada sang majikan. Nam more...
|
Kisah Sahabat: Abu Darda zuhud, tak terpengaruh kemewahan dunia
BELIAU seorang yang bijaksana berjiwa lurus dan berhati mulia. Semua kesenangan harta benda dunia yang sangat diingini dan didambakan tidak dipeduli. Dengan sifat ini, bererti ia bukan lari daripada kebahagiaan, malah sebaliknya. Maka kebahagiaan sejati baginya, ialah menguasai dunia, bukan dikuasai dunia. Apabila manusia hidup dalam batas bersahaja dan sederhana, dan mereka menggunakan hakikat dunia hanya sebagai jambatan yang tetap dan abadi, maka mereka akan memperoleh kebahagiaan sejati iaitu kebahagiaan sempurna dan lebih agung.
Beliau berkata: ?Kebaikan bukanlah kerana banyak harta dan anak tetapi kebaikan yang sesungguhnya ialah apabila semakin besar rasa santun-Mu, semakin bertambah banyak ilmu-Mu, dan kamu berpacu menandingi manusia dalam mengabdi kepada Allah Taala.?
Pada masa Khalifah Uthman Muawiyah menjadi gabenor di Syria dan Abu Darda menjawat hakim atas kehendak Khalifah.
Di sanalah, di Syria beliau menjadi tonggak mengingatkan orang terhadap ditempuh Rasulullah dalam hidupnya, zuhudnya dan jalan hidup pelopor Islam yang pertama dari golongan syuhada dan shiddiqin.
Syria ketika itu negeri makmur penuh dengan nikmat dan kemewahan hidup. Penduduk yang mabuk dengan kesenangan dunia dan tenggelam dalam kemewahan ini, seolah-olah dibatasi dengan peringatan dan nasihat Abu Darda. Abu Darda mengumpulkan mereka dan berdiri berpidato di hadapan mereka:
?Ayuh, siapa yang mahu membeli harta peninggalan kaum ?Ad daripada aku dengan harga dua dirham??
Seorang pemuda yang berwibawa, anggun dan menyinar cahaya, hikmatnya meyakinkan, sikap tingkah warak, logiknya benar dan cerdas. Ibadat menurut Abu Darda bukan sekadar formaliti dan ikut-ikutan sebenarnya adalah suatu ikhtiar mencari kebaikan dan mengerahkan segala daya upaya untuk mendapatkan rahmat dan reda Allah, sentiasa rendah hati, dan mengingatkan manusia akan kelemahannya serta kelebihan Tuhan atasnya. Dia pun berkata:
?Carilah kebaikan sepanjang hidupmu, dan majulah mencari hembusan kurnia Allah, sebab sesungguhnya Allah mempunyai tiupan rahmat yang dapat mengenai siapa yang dikehendaki- Nya di antara hamba-hamba- Nya.?
?Mohonlah kepada Allah agar Ia menutupi malu atau cela dan kejahatanmu serta menghilangkan rasa ketidak tenteramanmu.?
Ahli hikmat ini, matanya selalu terbuka meneliti dan meneropong ibadat imitasi diingatkan setiap orang akan kepalsuannya. Kepalsuannya inilah yang banyak menimpa sebahagian besar orang yang berwatak lemah dalam iman mereka, mereka wujud atau membanggakan diri dengan ibadat, lalu mereka berasa dirinya lebih dari orang lain dan menyombong.
Seorang sahabat, Abu Qalabah bercerita sebagai berikut: ?Suatu hari Abu Darda melihat orang sedang mencaci-maki seseorang yang terperosok pada perbuatan dosa, beliau berkata: ?Bagaimana pendapat kalian bila menemukannya terperosok ke dalam lubang? Bukankah seharusnya kalian berusaha menolong mengeluarkannya dari lubang itu??
Ilmu baginya adalah pengertian daripada hasil penelitian, jalan dalam mencapai tujuan, makrifah untuk membuka tabir hakikat, landasan dalam berbuat dan bertindak, daya fikir dalam mencari kebenaran dan kehidupan yang disinari iman, dalam melaksanakan amal bakti kepada Allah ar-Rahman.
Dalam mengkuduskan ilmu seorang budiman menganggap: ?Pendidik dan penuntut ilmu sama mempunyai kedudukan yang mulia, masing-masing mempunyai kelebihan dan pahala.?
Beliau selalu memuliakan ulama yang mengamalkan ilmunya, menghormati mereka dengan penghormatan besar, bahkan beliau berdoa kepada Tuhannya dengan katanya: ?Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kutukan hati ulama.? Lalu ia ditanyai: ?Bagaimana dapat hati mereka mengutuk anda?? Jawabnya RA; ?Dibencinya aku!?
Hikmah Abu Darda mengajarkan berbuat baik dalam persaudaraan dan membina hubungan manusia dengan manusia atas dasar kejadian tabiat manusia itu sendiri, maka berkatalah ia: ?Cacian daripada seorang saudara, lebih baik daripada kehilangannya. Siapakah mereka bagimu, kalau bukan saudara atau teman? Berilah saudaramu dan berlunak lembutlah kepadanya!
Dan jangan engkau ikut-ikutan mendengki saudaramu, nanti engkau akan seperti orang itu pula! Esok engkau akan dijelang maut, maka cukuplah bagi engkau kehilangannya. Bagaimana anda akan menangisi sesudah mati, sedang selagi hidup tak pernah anda memenuhi haknya??
Abu Darda selalu memberi peringatan keras terhadap masyarakat yang fikiran keliru yang menyangka kaum lemah mudah saja mereka pelaku sewenang-wenang dengan menyalahgunakan kekuasaan dan kekuatan.
Katanya, di dalam kelemahan orang itu, ada kekuatan yang ampuh, yakni jeritan hati dan memohon kepada Allah kerana kelemahan mereka, lalu menyerahkan nasib mereka ke hadapan-Nya atas perlakuan orang yang menindas.
Nah inilah dia Abu Darda yang budiman itu! Inilah dia Abu Darda yang zuhud, ahli ibadah dan selalu merindukan kembali hendak bertemu dengan Tuhannya. Inilah dia Abu Darda, yang bila orang terpesona oleh ketakwaannya, lalu mereka meminta doa restunya, dijawabnya dengan kerendahan hati yang tegah, katanya: ?Aku bukan ahli berenang hingga aku takut tenggelam.?
Demikianlah Abu Darda, benarlah beliau tak pandai berenang? Tetapi apa pula yang akan dihairankan, kerana bukankah beliau hasil tempaan Rasulullah SAW, murid al-Quran, putera Islam yang pertama, dan teman sejawat Abu Bakar dan Umar, serta tokoh utama lainnya.
Kisah Sahabat: Abu Darda zuhud, tak terpengaruh kemewahan dunia
BELIAU seorang yang bijaksana berjiwa lurus dan berhati mulia. Semua kesenangan harta benda dunia yang sangat diingini dan didambakan tidak dipeduli. Dengan sifat ini, bererti ia bukan lari daripada kebahagiaan, malah sebaliknya. Maka kebahagiaan sejati baginya, ialah menguasai dunia, bukan dikuasai dunia. Apabila manusia hidup dalam batas bersahaja dan sederhana, dan mereka menggunakan hakikat dunia hanya sebagai jambatan yang tetap dan abadi, maka mereka akan memperoleh kebahagiaan sejati iaitu kebahagiaan sempu more...
|
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU
manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat.
Bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat...
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, more...
|
.: Jawatan Kosong :.
:: SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN ::
.: KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
.: EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
.: TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
.: LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
.: KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan
tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
.: PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
.: ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
.: CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput
anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama Malaikat Izrail.
.: TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan
di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah
(kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka
meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di
kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di
sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah
ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat
berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua
hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat
berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang
sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:
:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat
oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?"
Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata:
"Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?"
(Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga:
Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!"
Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!"
Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?"
Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata:
"Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini
bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa
sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!"
Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian";
(Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
"Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga,
dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga".
"Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan
keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan
diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!"
Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?"
Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan
dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya;
Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seorang
munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian,
maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata:
"Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud:
"Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah
kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah
baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya
sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya
mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia
dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh
saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan
kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata
mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa
nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan
dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu
dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu
syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu
dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya seperti bulan purnama di malam
hari. Dan orang kafir akan diazab di kuburnya dengan menggerakkan
99 ekor naga yang menyerangnya. Dan naga tersebut adalah 99 ekor ular dan setiap
ularmempunyai tujuh kepala. Mereka mencakar dan menyengatnya serta menghembus pada
tubuhnyahingga mereka dibangkitkan.
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan
hujung kaki).! "
: Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat
Muslimin & Muslimat :.
Wallahu-a'lam.
:: Peringatan Buat Hamba2-Mu ::
P.S.:
> Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;
>
> 1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu
> membaca Al-Quran.
>
> 2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat
> malam.
>
> 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang
> menjadi hamparan.
>
> 4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai
> penawar.
>
> 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
> "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat
> jawapan kepadanya.
.: Jawatan Kosong :.
:: SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN ::
.: KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
.: EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
.: TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari more...
|
Petikan dari buku Tujuh Wali Melayu
Para Wali adalah kekasih-kekasih Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah (muqarrabin). Allah jelaskan dalam satu hadis Qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah, dan berkata-kata dengan perkataan Allah.
Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah, manakala menghina mereka bererti juga menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata-kata dan sebagainya, adalah petanda mati dalam su'ul khatimah (penamat yang buruk).
Sebab itu juga Allah berfirman dalam hadis Qudsi lain:
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya". (Riwayat Al Bukhari)
Berkata seorang ulama yang arif dalam tulisannya bahawa: "Wali Allah atau kalimah jamaknya aulia Allah. Wali juga bererti pemimpin. Boleh juga diberi erti kekasih yang dilantik oleh Allah. Jadi seseorang ulama yang mencapai darjat wali Allah ini adalah seorang kekasih Allah yang dilantik oleh Allah untuk memimpin. Wali Allah adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin dan orang-orang suci-Nya".
Ulama Sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam-macam jenis atau peringkat wali yang dilantik, oleh Allah dengan syarat-syarat perlantikan yang hanya Allah juga mengetahuinya.
Terdapat wali yang orang tidak kenal kewalian dan kemuliaan mereka disangka gila. Misalnya Uwais Al-Qarni, yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW, tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda.
Kewaliannya diberitahu oleh baginda Rasulullah SAW sendiri kepada Sayidina Umar Al-Khattab dan Sayidina Ali Abi Talib krw. Begitu juga dengan sahabat Huzaifah al-Yamani, walaupun tidak terkenal dalam bidang kepimpinan tetapi banyak mengetahui rahsia-rahsia kerohanian. Malah Sayidina Umar ra pun merujuk kepadanya. Demikian lagi peranan Nabi Khidir as di zaman Musa as.
Wali-wali yang tersembunyi ini pada lahirnya tiada apa-apa keistimewaan. Tetapi sebenarnya mereka adalah manusia yang sangat penting pada dunia. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1. Do'a mereka sangat makbul. Iaitu permintaan mereka Allah tunaikan. Rintihan mereka Allah beri perhatian.
2. Walaupun tidak memimpin dan tidak terkenal, namun sikap hidup serta percakapan mereka menjadi ikutan dan tiruan orang-orang sekeliling. Ertinya, adanya mereka di satu-satu tempat sudah cukup untuk mengubah akhlaq manusia.
3. Dengan adanya orang-orang seperti mereka di muka bumi ini, maka Allah masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua manusia termasuklah yang derhaka. Juga Allah pindahkan atau alihkan azab dan bencana tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang-kurangnya azab itu dibuat bertahap-tahap, berperingkat-peringkat hinggalah berpeluang bagi manusia menyelamatkan diri dan bertaubat. Sedangkan kalau azab itu diturunkan, sekaligus secara menyeluruh, habislah manusia ini.
4. Ada hadis mengatakan, kerana mereka inilah (orang-orang soleh dan wali-waliNya) dunia belum dikiamatkan.
Sebagai golongan istimewa di sisi Allah, mereka dianugerahkan penghormatan dengan berbagai kelebihan dan kemuliaan berupa karamah yang tidak diberi pada manusia biasa (orang awam). Justeru itu, tidak hairanlah di kalangan orang-orang ramai akan mengaitkan cerita-cerita tentang karamah apabila memperkatakan darihal peribadi seseorang wali itu.
Dalam pada itu, orang awam umumnya hanya mengenali karamah-karamah berbentuk zahiriah atau karamah hissi iaitu kejadian-kejadian luarbiasa yang mencarik adat dan berlaku pada wali-wali dan dapat dilihat dengan mata kasar.seperti karamah boleh berjalan di atas air, boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari setempat ke setempat dengan sekelip mata dan sebagainya.
Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi karamah anugerah Allah pada para aulia yang dipanggil karamah maknawiyah. Karamah berbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dilihat dan diketahui oleh orang-orang yang mempunyai ketajaman mata hati.
Keistimewaan karamah maknawiyah antara lain ialah kata-katanya memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan kebaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan cakap-cakapnya. Biasanya karamah bentuk ini lebih menonjol pada para wali yang memimpin umat di samping dikurniakan juga karamah zahiri atau hissi.
Ini kerana bukan senang memimpin orang ramai kepada kesedaran beragama dan amalan Islam, lebih-lebih lagi zaman sekarang di mana orang ramai begitu sibuk dengan kehidupan dunia hatta menilai agama pun berdasarkan kedudukan, dan pengaruh wang ringgit.
Walaupun terdapat sesetengah orang hebat berceramah di sana sini dan dapat menghimpun ribuan orang mendengarnya, tetapi sayangnya para pendengar tak boleh membuat perubahan melainkan dalam soal-soal ibadat khusus sahaja. Manakala kehidupan seharian mereka tetap bercampuraduk dengan aneka maksiat.
Di sinilah peranan wali Allah yang memiliki karamah maknawiyah yang layak memimpin umat manusia kerana akhlaq dan tuturkatanya dapat menarik orang ramai kembali kepada cara hidup Islam tengah-tengah suasana kehidupan yang penuh munkar. Tidak mustahil berlakunya dengan sekali dia berceramah, berpuluh orang boleh buat perubahan.
Contoh karamah maknawiyah lagi ialah dapat merasa kelazatan beribadah tanpa diusahakan bersungguh-sungguh, dapat ditinggalkan maksiat tanpa susah-susah mujahadah, dapat istiqamah dengan sesuatu amalan seperti boleh berada di tikar sembahyang beberapa minit lebih awal pada setiap waktu solat fardhu dan sebagainya.
Atau karamah dapat mempertahankan wuduk untuk tempoh yang lama seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani, Uwais Al-Qarni, Rabiatul Adawiyah dan umum para wali Allah yang solat Subuh dengan wuduk solat Isyak. Dan mereka sentiasa dalam keadaan berwuduk setiap waktu dan ketika.
Nyatalah dari kedua-dua bentuk karamah ini, karamah yang lebih utama adalah karamah maknawiyah kerana ia boleh menyelamatkan tuanpunya diri daripada api neraka. Ada wali yang dikurniakan satu bentuk karamah sahaja, ada yang dapat kedua-dua sekali, bahkan ada wali yang berdoa kepada Allah agar tidak dikurniakan karamah terutama karamah zahiriah kerana takut tidak dapat menjaga nikmat Allah itu.
Bagaimanapun, kedudukan aulia di sisi Allah tidak ditentukan oleh karamah. Sesetengah wali tidak ada apa-apa karamah, tapi dia tetap mulia pada pandangan Allah. Cuma banyak wali dikurniakan karamah kerana melaluinya Allah hendak kuatkan agamaNya (sebagai hujjah mempertahankan kebenaran) dan untuk memberi pengajaran atau menambah keyakinan pada diri wali itu sendiri.
Bagi wali yang menjadi pemimpin, sama ada pemimpin negara, masyarakat atau jemaah, karamah merupakan kemudahan untuk mengatur masyarakat. Ini berlaku pada beberapa orang wali seperti Tokku Paloh, Tuk Kenali, Syeikh Muhammad Nur al-Kholidi, Syeikh Said al-Linggi dan Tuan Hussein yang terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin jemaah pengajian di Tanah Melayu.
Ada wali yang tidak memimpin masyarakat secara langsung tetapi memainkan peranan tersendiri sebagai pendidik masyarakat. Seperti kata seorang ulama: "Pemimpin tidak rasmi ialah orang yang diikuti akhlaq dan sifatnya (sikapnya) tanpa dia sedar".
Kita dapati setiap orang wali itu berperanan mengikut syakilah (bakat) masing-masing. Secara umum, mereka adalah penguat agama dan pembawa kesejahteraan pada masyarakat serta umat.
Dalam sejarah, ada wali yang menjadi pemimpin negara seperti Khulafa' al-Rashidin (Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), Sayidina Umar al-Aziz, Muhammad al-Fateh, Sultan Murad (bapa kepada Muhammad al-Fateh), Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan lain-lain.
Ada juga wali yang menjadi pemimpin peringkat negeri seperti beberapa orang di kalangan para sahabat (Sayidina Bilal, Abu Ubaidah, Sa'ad Abi Waqqas, Sa'id Amir al-Jumahy dan lain-lain), kalangan wali songo di Tanah Jawa dan lain-lain.
Ada pula wali yang seperti tidak bermasyarakat tetapi kehadiran mereka menyebabkan masyarakat dapat tumpang barakah, seperti Uwais al-Qarni. Orang sepertinya terkenal di langit tapi tidak terkenal di bumi hingga riwayat hidupnya pun tidak diketahui orang.
Wali tetap ada di setiap zaman. Setiap seorang wali yang meninggal, Allah akan menaikkan orang lain menggantikannya sebagai wali mengikut darjat-darjat tertentu. Cuma antara menonjol atau tidak menonjol mereka di tengah masyarakat.
Petikan dari buku Tujuh Wali Melayu
Para Wali adalah kekasih-kekasih Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah (muqarrabin). Allah jelaskan dalam satu hadis Qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah, dan berkata-kata dengan perkataan Allah.
Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah, manakala menghina mereka bererti juga menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata-kata dan sebagainya, adalah petanda mati dalam su'ul khatimah (penamat yang buruk). < more...
|
|
|